SaHaBaTkU..



Sahabatku,

Bak kata orang,

Setiap pertemuan pasti

Ada perpisahannya

Dan kini,

Situasi itu telah berlaku,

Aku menerima takdir Ilahi,

Dengan hati yang redha,

Sahabatku,

Kenangan lalu,

Mengulit hatiku ini,

Kita pernah tawa bersama,

Kita pernah menangis

Bersama,

Betapa aku merindui

Setiap memori yang lalu,

Dan kini

Yang tinggal hanyalah,

Nostalgia indah,

Sebagai tanda kita pernah

Bersahabat,

Sahabatku,

Terima kasih kerana

Pernah hadir dalam diari

Hidupku,

Pernah hadir menjalinkan

Ikatan suci,

Walau kita tidak lagi,

Seiring dan sejalan,

Namunmu tetap terpahat

Disanubari,

Sebagai seorang insan

Yang bergelar SAHABATKU.



No comments:

Post a Comment