Aku Seorang Wanita

Aku diciptakan dari rusuk seorang lelaki..
bukan dari kepala untuk dijunjung atau memimpin,
bukan jua dari kaki untuk dijadikan alas atau diinjak2,
melainkan dari sisi seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup dan dipeluk,
dan dekat dihatinya untuk dicintai dan dikasihi...

Aku diberikan hati yang lembut oleh Sang Pencipta..
bukan untuk menunjukkan kelemahanku,
tetapi sebenarnya sebagai kekuatan,
untuk aku menyintai dan menyayangi orang2 sekelilingku,
dalam apa jua keadaan sekalipun,
walaupun setelah aku disakiti...

Aku dikurniakan akal yang cuma satu...
bukan kerana Dia menginginkan aku bodoh,
bukan juga supaya aku ditindas,
tapi kerana Dia akan menghadiahkan aku seseorang,
iaitu lelaki yg mempunyai 9 akal,
sebagai suami yang akan memimpinku daripada jatuh...

Aku dijadikan insan yg mudah menangis...
hatiku mudah tersentuh, mudah terasa,
air mataku berlinangan saat hatiku terluka,
kerana air mataku akan membasuh semua luka,
menghilangkan semua perit yang ku rasa...

Kadangkala aku senyum sekadar untuk menutup luka dihati,
dan kadangkala aku ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diriku,
adakalanya aku melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah...
bila menangis tak siapa yang tahu melainkan Dia yang satu...

~Inilah aku..cuma seorang wanita~

1 comment: