Aku Seorang Wanita

Aku diciptakan dari rusuk seorang lelaki..
bukan dari kepala untuk dijunjung atau memimpin,
bukan jua dari kaki untuk dijadikan alas atau diinjak2,
melainkan dari sisi seorang lelaki untuk dijadikan teman hidup dan dipeluk,
dan dekat dihatinya untuk dicintai dan dikasihi...

Aku diberikan hati yang lembut oleh Sang Pencipta..
bukan untuk menunjukkan kelemahanku,
tetapi sebenarnya sebagai kekuatan,
untuk aku menyintai dan menyayangi orang2 sekelilingku,
dalam apa jua keadaan sekalipun,
walaupun setelah aku disakiti...

Aku dikurniakan akal yang cuma satu...
bukan kerana Dia menginginkan aku bodoh,
bukan juga supaya aku ditindas,
tapi kerana Dia akan menghadiahkan aku seseorang,
iaitu lelaki yg mempunyai 9 akal,
sebagai suami yang akan memimpinku daripada jatuh...

Aku dijadikan insan yg mudah menangis...
hatiku mudah tersentuh, mudah terasa,
air mataku berlinangan saat hatiku terluka,
kerana air mataku akan membasuh semua luka,
menghilangkan semua perit yang ku rasa...

Kadangkala aku senyum sekadar untuk menutup luka dihati,
dan kadangkala aku ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diriku,
adakalanya aku melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah...
bila menangis tak siapa yang tahu melainkan Dia yang satu...

~Inilah aku..cuma seorang wanita~

Kehidupan..~


Diam tidak bermakna lemah..
malu tidak bermakna sombong..
menangis juga tidak bermakna sedih.
senyum tidak bermakna gembira..
tersungkur tidak bermakna kita jatuh...

Kadang kala diam itu tandanya kita berfikir..
dan malu itu tandanya kita berprinsip..
menangis juga tidak semestinya bersedih,
tetapi mungkin menangis kerana sesuatu yg
paling utama dari yg utama..

Kadang-kadang juga senyuman yg terpamer
menunjukkan yg kita gembira..
tetapi sebenarnya melakar sejuta
lukisan hati yg tersembunyi penuh makna..
tersungkur bermakna HAMPIR jatuh..
tetapi tidak bermakna kita akan jatuh...

Gantungkan Azammu Setinggi Bintang diLangit~

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu..."

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...
tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...
kerana Allah teramat menyintainya...
tetapi,
andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
dimana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak kecewakan kita...
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya...

Mengapa masih ragu-ragu?
kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari...
hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan...

~Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya~
(imam Ghazali)


Selamat UlangTahun Kelahiran NOR NAJIHAH BT RAMLI..=)

Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha pengasih..
ALHAMDULILLAH..aku masih dapat meneruskan hidup di usiaku memasuki 21 tahun. Terima kasih Ya Allah kerana menciptakan aku ke dunia nie..Terima kasih kerana disaat ini aku maseh mmpunyai ibu bapa dan keluarga disisiku..Terima kasih kerana insan yg aku sayangi dan teman2 sentiasa menemaniku..Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah..Alhamdulillah..
Ya Allah..
Kau ampunilah segala dosa-dosaku dari aku dilahirkan sehingga saat aku bernafas pada waktu sekarang..
Kau jadikanlah aku anak yg solehah kpd kedua ibu bapaku..
Kau jadikanlah aku hamba yg taat pd ajaranMu..
Bila tiba waktu aku kembali kepadaMu, Kau ambillah aku dengan cara yg paling baik..



Ya Allah..
Kau panjangkanlah umurku..
Kau permurahkanlah rezekiku..
Kau berkatilah hidupku..
Kau permudahkanlah urusan kehidupanku..
Kau kuatkanlah imanku terhadapMu..
Kau tabahkanlah hatiku dengan segala ujianMu..Amiin..


Untuk diriku..: Tabahkan la hatimu mghadapi segala kepayahan..krna stp kepayahan yg kamu lalui pasti akan ade kesenangan..jangan terus pandang ke belakang.Teruskanlah langkahmu dengan yakin.Andai kamu ingin pandang ke belakang,pandanglah..tapi kamu mesti menapak beberapa langkah kedepan lg..Ingatlah, kamu yg mnjadikan baik atau buruknye diri kamu..bersyukurlah dgn segala apa yg kamu ada..walau apapun cabaran yg kamu hadapi, hidup mesti diteruskan..=)
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN NOR NAJIHAH BNTI RAMLI..


HARI KEJAYAAN KAMI..=)

18 SEPTEMBER 2011...adalh hari yg mggembirekan aku & teman2 seperjuanganku.3 tahun kami telah berpenat lelah brsame..akhirnye tarikh nie telah membayar pengorbanan kami slame ini.hari nie telah mmbuktikan kpd mak & ayahku bahawa aku telah brjaye melangkah setapak kehadapan lg. trima kasih mak & ayah atas sgala pengorbanan utk menampung kos pengajianku slame nie..TERIMA KASIH..


Bt teman2 ku..TAHNIAH kpd kalian..& TERIMA KASIH kerana slame 3tahun nie telah sudi mnjadi kawan2ku..& mnjadi pndorong semangatku..kalian adalh antara teman2 trbaekku..smoga prsahabatan antara kita akn kekal selamanye..LOVE U ALL..=)



tahniah bt kawan2 sume..smoge cepat dapat keje..=)

 
 angah: tahniah dh dapat keje..keje leklok tau..tabahkan hati n kuatkn smangat..=)


sume lawa2 time nie..trutama hajar..jelez jiha..huhu. tiey pn same.semakin mncung hidung tue..haha


comel la 3 org anak dara dlm pic nie..patut la, jiha yg ambk gmbr nie..sbb tue jd comel..haha(gura je deh..)


ade jgk gmbr mah dlm nie..hehe.nie je gmbr kwn2 yg sempat ambk hr tue..yg laen2 x smpat nk brgambar=(


thanks bt adeq2..cz bg hadiah bear tue..n thanks sue cz temankan akak..=)

 
Setelah 3 tahun, akhirnye kite same2 brgelar jururawat.wlaupun mgkin ade dikalangan kite yg pd mulenye hampir brputus asa, tp hari ini kite same2 brjaye..bt kawan2, teruskan prjuangn & karier anda sbg seorang jururawat yg professional..bkerja la dgn ikhlas & jujur..jgn cube ponteng keje cam penah kite same2 bt dulu tau..huhu.3 tahun brsame kalian adalh memori yg sgt indah..tahniah kalian..smoga ilmu yg kite cari xkn bhenti stakat ini..GUD LUCK UTK MASE DEPAN KALIAN...=)